Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Majlis Anugerah Buku Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak pada 21 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Perkenal subsidi bersasar diesel, bantuan tunai buat peniaga kecil

SHAH ALAM, 21 MEI: Kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api bermula dengan diesel melibatkan pengguna di Semenanjung sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik kenderaan terpilih melibatkan petani, pesawah dan peniaga kecil.

“Jumlah penjimatan kepada kerajaan dijangka secara kasar sekitar RM4 bilion setahun daripada usaha penyasaran subsidi diesel.

“Bagaimanapun tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak memandangkan bahan api itu digunakan untuk kenderaan hampir setiap keluarga di kedua-dua negeri berkenaan.,” katanya dalam Perutusan Negara malam ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan di Semenanjung, kerajaan akan menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial dengan bahan api itu.

Beliau berkata subsidi itu melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi.


Pengarang :