Orang ramai melihat buku terbitan Inisiatif Buku Darel Ehsan (IBDE) ketika mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 30 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pesta buku KL: IBDE tawar kepingan emas 0.5 gram untuk pembeli bertuah

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menawarkan hadiah kepingan emas 0.5 gram kepada 10 pembeli bertuah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung ketika ini.

Pengurus jualan dan pemasaran berkata tawaran itu layak kepada pembelian atas RM200 dan pemenang akan diumum selepas pesta buku selesai.

“Hadiah menerusi Cabutan Kebahagiaan. Ini dilaksanakan buat julung kali sebagai inisiatif menggalakkan orang ramai membaca,” kata Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman kepada SelangorKini.

Sementara itu beliau berkata buku biografi Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal mendapat permintaan tinggi sepanjang PBAKL berlangsung.

Terjemahan buku judul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)

Buku bertajuk 40 Hadis Imam Nawawi: Sebuah Huraian Untuk Dunia Semasa dan Detik-detik Akhir Empayar Uthmaniah turut mendapat perhatian ramai.

“Pengunjung juga mencari empat jilid kitab utama Imam al-Ghazali, Ihya Ulumuddin serta Gelagat dan Ragam Orang Melayu.

Kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam al-Ghazali hasil terjemahan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE). Foto IBDE

“Jualan kombo selain diskaun antara 10 hingga 20 peratus juga menyebabkan buku ini laris terjual,” katanya.

Sepanjang PBAKL 2024 berlangsung dari 24 Mei hingga 2 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, karya terbitan IBDE boleh didapati di reruai 4053 hingga 4060, Dewan Tun Razak 4 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ia juga boleh didapati secara dalam talian menerusi pautan bukuibde.com.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri giat menerbitkan buku terjemahan pelbagai genre meliputi sejarah, falsafah dan agama, sesetengah naskhah asal berusia ribuan tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima cenderahati daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika melawat reruai Pavilion Selangor selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur pada 30 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Pengurus Jualan dan Pemasaran Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman menunjukkan buku terbitan IBDE sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 30 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 30 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :