Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyampaikan ucapan pada Majlis Malam Anugerah Olahraga Malaysia di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 14 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Piala Thomas: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, esok.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.

Beliau turut menitipkan kata-kata semangat bagi mengajak orang ramai sama-sama menyaksikan aksi separuh akhir yang berlangsung pada 5 petang.

“Come out and cheer for our boys this Saturday! (Marilah kita sama-sama berikan sorakan kepada skuad negara pada Sabtu ini!),” katanya di halaman Facebook rasminya.

Semalam, Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas lapan tahun apabila menyingkirkan bekas juara edisi 2014, Jepun 3-1 di Pusat Sukan Chengdu Hi-Tech Zone, China.

China melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan juara bertahan India 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam.

Senarai 15 lokasi tayangan skrin besar:

  •  Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  • Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
  • SACC Mall, Shah Alam, Selangor
  • Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
  • Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  • Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Perak
  • Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi
  • Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh, Melaka
  • Toppen Shopping Centre, Johor Bahru, Johor
  • Dataran Kolej Polytech Mara, Kota Bharu, Kelantan
  • Ali Spices Kampung Ladang Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Padang MBK 1, Kuantan, Pahang
  • Kompleks Belia & Sukan Negeri Sarawak, Kuching
  • Kompleks Belia & Sukan Negeri Sabah, Putatan
  • Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Sukan Labuan, Sabah

– BERNAMA


Pengarang :