Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotof, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Azrul Reza Aziz (kiri) meninjau ruang pameran Malaysia Autoshow 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang pada 23 Mei 2024. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor sedia kerjasama perkasa bakat tempatan dalam reka bentuk produk

SHAH ALAM, 24 MEI: Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk meneroka peluang dan meningkatkan bidang pembuatan reka bentuk asal (ODM) dengan memperkasa bakat tempatan dalam reka bentuk produk.

Dato’ Menteri Besar berkata kerjasama dengan Institut Automotof, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) juga bagi membangunkan reka bentuk litar bersepadu (IC) yang menyokong pembangunan komponen kritikal Automatif Malaysia & Pemecut Semikonduktur dan IC Design Park: Selangor Hub.

”Meluangkan masa meninjau Malaysia Autoshow 2024 yang diiktiraf sebagai Pameran Automotif Terbesar di peringkat antarabangsa.

“Dalam lawatan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MARii Azrul Reza Aziz menerangkan tentang kesediaan MARii meneroka kerjasama ini yang dijangka membawa pulangan ekonomi RM500 juta hingga RM1 bilion,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotof, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Azrul Reza Aziz meninjau ruang pameran Malaysia Autoshow 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang pada 23 Mei 2024. Foto Facebook Amirudin Shari

Melalui hantaran sama, Amirudin turut mengucapkan tahniah kepada MARii dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atas penganjuran ke-7 pameran tersebut yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang sejak 22 hingga 26 Mei.

“Pameran ini bukan sekadar menampilkan model terkini kenderaan, tetapi pelbagai tarikan dan aktiviti disediakan kepada pengunjung seperti laluan pandu uji, trek pacuan empat roda serta kenderaan tentera,” katanya.


Pengarang :