Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menyampaikan sijil dan anugerah kepada ahli pandu puteri pada Majlis Pengurniaan Anugerah Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor 2024 pada 19 Mei 2023. Foto Selangor Royal Office
AGENSISELANGOR

Tengku Permaisuri Selangor berkenan sampaikan sijil kepada ahli Pandu Puteri

SHAH ALAM, 20 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor 2024.

Menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan mencemar duli ke majlis yang diadakan di Petaling Jaya.

Keberangkatan tiba baginda disambut Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Raja Selangor Tunku Irinah Almarhum Tuanku Jaafar.

Baginda yang juga Penaung Diraja kepada persatuan itu berkenan menyampaikan sijil dan anugerah kepada ahli Pandu Puteri yang tampil dengan prestasi memberangsangkan sepanjang tahun.


Pengarang :