Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, Kanan) mewakili Selangor Research Institute (SRI) bergambar bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dato’ Dr Norazah Mohd Nordin (dua, Kiri) mewakili UKM ketika pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) perjanjian perlesenan Konsep Naratif Pameran Al Wahyu sempena majlis perasmian Hab Warisan Digital di Istana Puteri Bongsu, Taman Pantun UKM, Bangi pada 16 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

UKM jalin kerjasama, pamer manuskrip lama pada Festival Turath Islami

HULU LANGAT, 16 MEI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memeterai perjanjian perlesenan dengan Pusat Penyelidikan Selangor (SRI) bagi mempamer naskhah dan manuskrip berusia ratusan tahun dalam Festival Turath Islami Selangor pada 26 Mei hingga 2 Jun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemeteraian juga memberi nilai tambah kepada pentadbiran memandangkan negeri turut menjalankan projek penerbitan semula atau menterjemah karya agung.

“Kerjasama ini memberi peluang kepada UKM menerusi pusat penyelidikan manuskrip Alam Melayu mempamerkan Projek Naratif Al-Wahyu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Orang ramai mendengar syarahan Cabaran terhadap tradisi turath dalam abad ke-21 oleh Bekas Mufti Besar Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah ketika program Munaqasyah Ilmiah sempena Festival Turath Islami Selangor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 24 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Bukan hanya kitab al-Quran tetapi hadis yang ada dalam jagaan UKM. Kerjasama juga bakal berpanjangan memandangkan Kerajaan Negeri turut mengumpul karya lama untuk diterbitkan semula atau diterjemah untuk diwariskan kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu beliau menandatangani perjanjian berkenaan selain menyempurnakan Hab Warisan Digital yang ditubuh Institusi Alam dan Tamadun Melayu UKM bagi memulihara budaya dan warisan Melayu secara digital.

Sementara itu, Amirudin berkata festival turath edisi kedua yang mengangkat karya ulama penting dunia Islam, Muhyiddin Abu Zakaria Yahya Sharaf al-Nawawi atau dikenali sebagai Imam Nawawi bakal melibatkan kerjasama beberapa pihak dan agensi kerajaan.

Antaranya Jabatan Agama Islam Selangor, Yayasan Dakwah Islamiah, Universiti Islam Selangor, Institut Kefahaman Islam Malaysia selain sektor media, Media Prima.

Sebelum ini, Amirudin berkata festival yang menampilkan lebih 20 ulama terkenal, tokoh agamawan dan akademik dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura melibatkan 12 acara utama dengan jangkaan menarik 30,000 penyertaan.

Festival ini terbuka kepada orang ramai dan pendaftaran boleh dibuat mulai hari ini menerusi laman web www.turathislamiselangor.com.


Pengarang :