EXCO Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Insfrastuktur Digital Dr Mohammad Fahmi Ngah diberi penerangan ketika kunjung hormat dan lawatan ke Digital Nasional Berhad, Kuala Lumpur pada 19 Februari 2024.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Yakin capai 80 peratus liputan 5G tahun ini, tumpu kawasan industri, pendidikan

SHAH ALAM, 21 MEI: Liputan rangkaian 5G di Selangor mampu mencapai 80 peratus pada tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata buat masa ini pihaknya giat memperkemas capaian di kawasan industri, pendidikan dan perniagaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Dewan Jamuan, Masjid Negeri, Shah Alam pada 21 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Saya tidak mahu tengok angka tetapi kualitinya dan sebab itu akan panggil Dr Fahmi Ngah (EXCO Pembudayaan Inovasi) untuk melihat keberkesanan capaian 5G

“Keutamaan kita adalah memperkemas capaian 5G dengan menumpukan kawasan industri diikuti pendidikan dan selepas itu perniagaan.

“Namun, kita yakin boleh capai 80 peratus (liputan 5G) tahun ini,” katanya yang turut memaklumkan pihaknya sedang menunggu laporan rasmi berhubung perkara itu daripada Telekom Malaysia.

Amirudin berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Selangor memberi tumpuan membangunkan liputan rangkaian 5G di 1,850 kawasan di seluruh negeri tahun ini.

Usaha ini bagi merealisasikan hasrat negeri mencapai liputan rangkaian 5G sepenuhnya iaitu 100 peratus menjelang 2025.


Pengarang :