AGENDASUKANKINI

49 jalan ditutup berperingkat sempena kejohanan berbasikal PKNS Ahad ini

SHAH ALAM, 20 JUN: Sebanyak 49 jalan ditutup secara berperingkat sempena kejuaraan Selangor International Race (SIR) 2024 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Ahad ini.

Acara melibatkan laluan sejauh 145km bermula dari ibu pejabat PKNS dan merentasi lebuh raya, laluan berbukit serta projek perbandaran PKNS seperti Kota Puteri, pekan ljok dan berakhir di Shah Alam.

Selain Malaysia, SIR 2024 menghimpunkan pelumba dari Britain, Jepun, Singapura, Brunei, Australia, Indonesia, Filipina, Bangladesh dan Jerman bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 dalam dua kategori perlumbaan iaitu profesional dan amatur.

Penganjuran SIR 2024 mendapat kerjasama daripada Selangor Youth Community (SAY), Cycling Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Arena Asia Malaysia.

Berikut laluan yang ditutup:


Pengarang :