Ibu kepada kembar Palestin Wesam dan Naeem Abu Anza, yang dilahirkan semasa konflik antara Israel dan Hamas memeluk erat jenazah anaknya yang terbunuh dalam serangan itu di Rafah, Semenanjung Gaza pada 3 Mac 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,598 orang

GAZA, 23 JUN: Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 47 rakyat Palestin terbunuh dan 121 lagi cedera, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 37,598 orang dengan 86,032 individu lagi mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, pasukan ambulans dan penyelamat masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan mengeluarkan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau yang berselerakan di jalan di seluruh kawasan serangan kerana tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.

– BERNAMA-WAFA


Pengarang :