Kejadian pokok tumbang berhampiran Bulatan Pahang, Kuala Lumpur menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer menghala ke bulatan itu. Foto Fecebook Bernama
AGENDANASIONAL

Bumbung rumah rosak akibat pokok tumbang, hujan lebat di ibu kota

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Sebuah rumah di Bandar Baru Sentul di sini mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas ditimpa pokok tumbang susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian yang berlaku di Jalan 2/48A Bandar Baru Sentul itu tidak melibatkan mangsa.

Menurut kenyataan itu kejadian pokok tumbang juga berlaku di Jalan Kiara 1, Mont Kiara yang menghalang lalu lintas namun tidak melibatkan mangsa dan kenderaan.

Terdahulu Bernama melaporkan terdapat pokok tumbang berhampiran Bulatan Pahang di sini menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer menghala ke bulatan berkenaan.

– BERNAMA


Pengarang :