Penduduk mendapatkan barangan murah ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Masjid Al Falah Meru, Klang pada 15 Januari 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Dengkil antara lapan lokasi jualan murah hujung minggu ini

SHAH ALAM, 7 JUN: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke lapan lokasi hujung minggu ini.

Esok, jualan murah itu diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Nipah (Pelabuhan Klang); Kuarters Kakitangan Penjara Sungai Buloh (Ijok); Padang Awam Kampung Sungai Buah (Dengkil) dan Dataran Terbuka Adtec Shah Alam (Sungai Kandis).

Pada Ahad jualan sama diadakan di Surau Ar-Raudhah Pangsapuri Arista, Bandar Parklands (Pelabuhan Klang); Dewan Seri Nakhoda (Sungai Air Tawar); Surau Haji Mat Som (Meru) dan berhampiran Kedai Nasi Kandar Imran, Subang Bestari (Kota Damansara).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :