Persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 21 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dewan Negeri Selangor bersidang 4 Julai, MB bentang kajian separuh penggal RS-1

SHAH ALAM, 20 JUN: Dewan Negeri Selangor (DNS) dijadual bersidang selama dua minggu mulai 4 hingga 18 Julai depan.

Speaker DNS berkata tarikh terbabit mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sekali gus membolehkan pelbagai usul dibahaskan.

Menurut Lau Weng San, dewan kali ini dimulakan dengan istiadat angkat sumpah Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao yang memenangi pilihan raya kecil DUN berkenaan pada Mei susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San pada sidang media penganjuran Program ADN Muda Selangor 2024 di Wisma Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 27 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Pada DNS nanti, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) meliputi semua perkara termasuk Pembangunan Kawasan Sabak Bernam dan Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan.

“Selain itu, isu yang mendapat tumpuan pada penganjuran program ADN Muda berhubung penjaja asing juga akan dibawa,” katanya ketika dihubungi.

Bagi membolehkan rakyat Selangor mengikuti persidangan kali ini, Kerajaan Negeri menayangkan secara langsung melalui Selangor TV Live di laman sesawang selangortv.my atau YouTube.

Berita perbahasan ADN juga boleh diikuti menerusi Facebook Media Selangor, portal Selangorkini termasuk edisi Inggeris, Mandarin dan Tamil.


Pengarang :