EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari (tengah) pada majlis perasmian Festival Filem Muslim Kazan Rusia di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Festival filem muslim eratkan hubungan Malaysia – Rusia, sahut seruan tangani Islamofobia

SHAH ALAM, 8 JUN: Festival Filem Muslim Antarabangsa Kazan Rusia yang diadakan di Perpustakaan Tun Raja Uda merupakan usaha diplomasi antara Malaysia dengan Rusia.

Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia berkata kerjasama itu juga mampu mengeratkan lagi hubungan selain mempromosikan kedua-dua negara dalam sektor pendidikan serta pelancongan.

“Penganjuran julung kali ni yang menayangkan filem serta dokumentari Islam Rusia juga menyahut seruan perdana menteri untuk tangani gejala Islamofobia.

Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Dr Maszlee Malik berucap pada majlis perasmian Festival Filem Muslim Kazan Rusia di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Ini juga merupakan tekad Presiden Russia Vladimir Putin. Jadi ini langkah baik untuk paparkan muslim bukan sepertimana digambarkan sesetangah pihak di barat dan Zionis,” kata Dr Maszlee Malik.

Beliau ditemui pada pelancaran festival berkenaan yang disempurnakan EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari.

Dr Maszlee berkata penganjuran program akan diteruskan ke Perpustakaan Awam Johor pada 13 dan 14 Jun ini yang turut memyasarkan penyertaan warga Singapura dan Indonesia.

Sepanjang berlangsung, festival menayangkan lima filem Rusia termasuk animasi iaitu Ibn Fadlan, Almandar of Aldermysh, Tarlan, Halima dan Mulla.

Manakala dokumentari berkisar budaya dan adat etnik di Rusia dipapar menerusi My people are Tatars dan Code of Success Ostazbika.

Model memperagakan pakaian Tatarstan pada majlis perasmian Festival Filem Muslim Kazan Rusia di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Orang ramai melihat pameran pada majlis perasmian Festival Filem Muslim Kazan Rusia di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam pada 8 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :