Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura pembiayaan Hijrah Selangor bernilai RM538,000 sempena program penyampaian Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) di Dewan Majlis Perwakilan Ketua Kampung (MPKK) Kampung Sungai Manggis, Kuala Langat pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hijrah salur RM810 juta bantu hampir 60,000 usahawan luaskan perniagaan

SHAH ALAM, 5 JUN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) meluluskan 89,347 pembiayaan pelbagai jenis bernilai RM810 juta sejak 2015 hingga kini kepada 59,757 usahawan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mearia Hamzah bantuan itu bagi memenuhi visi Kerajaan Negeri untuk melonjakkan golongan berpendapatan rendah ke kelas menengah melalui perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah berucap pada majlis peluncuran logo Plats Biaya kolaborasi bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 5 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Sejak penubuhan pada 2015, Hijrah Selangor sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk melebarkan peluang golongan kelas menengah.

“Ini bagi memastikan mereka mampu berdaya saing serta mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi,” kata berucap pada majlis peluncuran logo PLATS Biaya hari ini.

Terdahulu, majlis yang berlangsung di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz disini disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan peluncuran Logo Plats Biaya kolaborasi bersama inisiatif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 5 Jun 2024. Hadir sama EXCO Usahawanan Najwan Halimi (empat, kiri), Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah (dua, kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sejak awal penubuhannya pada 2015, Hijrah Selangor menawarkan pelbagai skim pembiayaan seperti Skim i-Bisnes, Skim Zero to Hero; Skim Go Digital dan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NADI).

Selain itu Hijrah turut menyediakan Skim i-Lestari, Skim i-Agro dan Skim i-Bermusim bagi membantu dari segi modal serta mengembangkan perniagaan usahawan.


Pengarang :