AGENDANASIONAL

Ibu menteri pendidikan Dr Siti Zalikhah meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Ibu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina hari ini.

Menurutnya, jenazah kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan memberi maklumat lanjut berkenaan urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

“Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Ustazah Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Sesungguhnya, Allahyarhamah seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya,” katanya.

Pejabat Menteri Pendidikan turut merakamkan ucapan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas kehilangan ini.

— BERNAMA


Pengarang :