Pandangan dari udara lokasi kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya pada 16 Disember 2022. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jalan Batang Kali-Genting dibuka semula 3 petang esok

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Laluan B66 Jalan Batang Kali menuju ke Genting yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm hampir dua tahun lepas akan dibuka semula, esok.

JKR Hulu Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengguna jalan raya boleh melalui laluan berkenaan bermula 3 petang.

Kenyataan itu juga menyebut kerja turapan di laluan itu telah dijalankan pada 27 hingga 29 Mei lepas.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak JKR Hulu Selangor di talian 03-60641046, 03-60641058, 03-60641058 dan 03-60641073.

Sebelum ini Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup bagi membolehkan kerja-kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh berkenaan.

Tragedi tanah runtuh pada 16 Dis 2022 itu mengorbankan 31 nyawa.

– BERNAMA


Pengarang :