Pelbagai barangan asas dijual pada program Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 daerah Gombak di Dataran Niaga Siantan, Batu Caves pada 16 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah mega sempena Aidiladha di 6 lokasi Jumaat, Sabtu ini

SHAH ALAM, 11 JUN: Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Aidiladha dianjur di enam lokasi pada Jumaat dan Sabtu ini untuk meringankan persiapan umat Islam menyambut perayaan.

Berdasarkan info grafik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Facebook, jualan murah itu diadakan di dataran masjid Nurul Hidayah Kg Pandan (Pandan Indah), dataran Pantai Batu Laut Tanjong Sepat (Tg Sepat) dan pekarangan kompleks penghulu mukim Hulu Langat (Dusun Tua).

Hari Sabtu, jualan murah itu diadakan di laman Boungainvillea Kg Sg Kertas, Batu Caves (Sungai Tua), pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN KKB (Kuala Kubu Bharu) dan tapak pasar malam Taman Kem Pelabuhan Klang (Pelabuhan Klang).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sepanjang tahun ini, JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawanganpasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :