Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap ketika sidang media Kejohanan Selangor International Junior Golf Championship 2024 dan PKNS Selangor Masters 2024 di Kelab Golf Seri Selangor pada 30 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes keracunan makanan: Siasatan terperinci dijalankan, negeri hulur bantuan segera

SHAH ALAM, 11 JUN: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan melaksanakan siasatan terperinci berhubung kematian disyaki akibat keracunan makanan di Gombak, kelmarin.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau turut mengarahkan bantuan segera diberikan kepada keluarga mangsa terlibat.

“Pelajar berkenaan merupakan pelajar sebuah sekolah di daerah Gombak.

“Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan sedang melaksanakan siasatan terperinci,” katanya di Facebook.

Amirudin dalam pada itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga terlibat.

Dalam kejadian itu seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan remaja berusia 17 tahun maut, dipercayai akibat keracunan selepas makan bihun dan telur goreng yang dibawa pulang daripada program di sebuah sekolah di Gombak.

Difahamkan, mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya dan mengalami cirit birit.

Mangsa kedua adalah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun anak kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah berkenaan.

 


Pengarang :