AGENDANASIONAL

KL, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 5 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda tiga daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta Kuala Lumpur hingga 9 malam.

Cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :