Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menggunakan aplikasi PLATS untuk menebus kupon digital RM10 pada Program PLATS Masuk Bazar di Bazar Ramadan, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 30 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Lebih 30,000 peniaga daftar PLATS, kembang niaga, perluas capaian pasaran

SHAH ALAM, 5 JUN: Seramai 30,781 peniaga berdaftar dengan Platform Selangor (PLATS) setakat 31 Mei lalu untuk mengembangkan perniagaan dan meluaskan capaian pasaran.

Dato’ Menteri Besar berkata program yang mula diperkenal pada 2020 kini berhasil memberi manfaat kepada puluhan ribu usahawan terutama kategori perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap merasmikan peluncuran logo Plats Biaya kolaborasi bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 5 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“PLATS menjadi respon segera ketika kita berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membuatkan peniaga terutama PMKS terkesan kini berhasil membantu kelangsungan usahawan kategori ini.

“Dengan (berdaftar) dalam program seperti ini akan memberi peluang kepada negeri untuk merencana dan meneruskan aktiviti pemerkasaan penjaja.

“Kita mahu memperkasa penjaja bukan dengan langkah populis. Kita mahu perkenalkan dan besarkan potensi perniagaan mereka,” kata Amirudin Shari ketika berucap pada majlis peluncuran logo PLATS Biaya di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama EXCO Usahawanan Najwan Halimi (dua, kanan), Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop (dua, kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah (kiri) dan Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor memegang plakad pada majlis peluncuran logo Plats Biaya kolaborasi bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 5 Jun 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Ditemui media selepas majlis berkenaan, Amirudin berkata pentadbirannya melihat secara keseluruhan aspek pemerkasaan usahawan bagi memastikan mereka terus berdaya saing termasuk mendepani ekonomi digital.

“Selepas ini kita akan tengok lagi apa yang boleh memperkasa mereka untuk terus menyokong dan mengembangkan perniagaan mereka khususnya ke arah pendigitalan,” katanya.

PLATS diperkenal pada 2020 bagi melengkapkan ekosistem agenda pendigitalan Selangor susulan penularan Covid-19 dan ditambah baik bagi memastikan peniaga menjana pendapatan sepanjang masa.

 


Pengarang :