Pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni empat keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kejadian kebakaran di Taman Paya Jaras Permai, Sungai Buloh, baru-baru ini. Foto Facebook LZS bertarikh 3 Jun 2024
AGENSISELANGOR

LZS salur bantuan segera, ringan beban mangsa kebakaran

SHAH ALAM, 3 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni empat keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kejadian kebakaran di Taman Paya Jaras Permai, Sungai Buloh, baru-baru ini.

Zakat Selangor memaklumkan sumbangan tunai disempurnakan Operasi Agihan Daerah Petaling di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras Tengah.

“Sebanyak empat rumah terjejas dalam kebakaran tersebut. Dua rumah tidak boleh diduduki kerana kerosakan teruk dengan anggaran kemusnahan 70 hingga 90 peratus.

“Manakala dua buah rumah tidak boleh diduduki kerana tiada bekalan elektrik. Mudah-mudahan dengan hasil kutipan zakat dari pengeluar zakat dapat meringankan beban yang dihadapi,” katanya menerusi Facebook.

Program penyerahan sumbangan itu turut dihadiri Penghulu Mukim Sungai Buloh 1 dan Nazir Masjid Al-Huda, Paya Jaras.

“Semoga mangsa dan seluruh ahli keluarga tabah dengan dugaan dan ujian ini. Terima kasih kepada pengeluar zakat,” katanya.

Pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni empat keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kejadian kebakaran di Taman Paya Jaras Permai, Sungai Buloh, baru-baru ini. Foto Facebook LZS bertarikh 3 Jun 2024

Pengarang :