PBTSELANGOR

MBDK anjur program berkelah 23 Jun, masuk percuma

SHAH ALAM, 12 JUN : Orang ramai dipelawa menyertai program Jom Berkelah Bersama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada 23 Jun ini.

Diadakan di Mangrove Point, Pelabuhan Klang, program dari 7 pagi hingga 1 tengah hari itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

MBDK memaklumkan di Facebook, kemasukan adalah percuma dan pengunjung digalakkan memakai pakaian berkonsepkan hijau.

“Jom semua bersantai dan berkelah dengan keluarga anda bersama MBDK pada 23 Jun ini. Pelbagai acara dan pertandingan dianjurkan,” tulis pihak berkuasa tempatan itu.

Antara pertandingan yang dianjurkan adalah menghias tempat berkelah dan menyediakan mangkuk salad; hiasan terrarium, reka cipta pakaian daripada bahan kitar semula, mewarna dan mencari harta karun

Turut diadakan aktiviti senamrobik dan pameran daripada agensi kerajaan dan swasta.

Oranag ramai boleh menghubungi Unit Pelancongan dan Kebudayaan, MBDK menerusi talian 012-269 2234 (Fahrul) atau 016-657 0753 (Nalini) untuk maklumat lanjut.


Pengarang :