EXCO Sukan Najwan Halimi dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop bergambar selepas menyerahkan cek cura sumbangan MBI selangor kepada Persatuan Memanah Selangor dan Kesatuan Ragbi Selangor di Bangunan Darul Ehsan pada 24 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

MBI hulur RM200,000 bantu skuad memanah, ragbi hadapi SUKMA

SHAH ALAM, 24 JUN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang RM200,000 bagi memperkasa skuad memanah dan ragbi dalam menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop berkata sumbangan diserahkan kepada Persatuan Memanah Selangor dan Kelab Ragbi Selangor dengan masing-masing menerima RM100,000.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop berucap ketika majlis penyerahan sumbangan MBI kepada Persatuan Memanah Selangor dan Kesatuan Ragbi Selangor di Bangunan Darul Ehsan pada 24 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Tujuan utama MBI Selangor menaja kedua-dua sukan ini adalah untuk merealisasikan perancangan mereka termasuklah mempersiapkan atlet SUKMA dari segi latihan dan peralatan yang diperlukan.

“Selain itu, MBI Selangor juga mahu membantu memperkasakan pelapis negeri dan membantu meneruskan pencarian bakat baharu yang berpotensi,” katanya ketika berucap.

EXCO Sukan Najwan Halimi (tiga, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop (tiga, kiri) selepas penyerahan sumbangan MBI selangor kepada Persatuan Memanah Selangor dan Kesatuan Ragbi Selangor di Bangunan Darul Ehsan pada 24 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan Saipolyazan kepada wakil kedua-dua kelab dan persatuan sambil disaksikan EXCO Sukan Najwan Halimi di ibupejabat MBI di sini, hari ini.

Sementara itu, Najwan mengalu-alukan kerjasama korporat terutamanya daripada pihak swasta dan anak syarikat Kerajaan Selangor dalam usaha memartabatkan sukan negeri.

Menurutnya, perbelanjaan kontinjen negeri ke SUKMA Sarawak menelan kos tinggi berikutan tuan rumah menambah sehingga 37 jenis acara sukan selain beberapa lokasi yang agak jauh di pedalaman.

EXCO Sukan Najwan Halimi berucap ketika majlis penyerahan sumbangan MBI selangor kepada Persatuan Memanah Selangor dan Kesatuan Ragbi Selangor di Bangunan Darul Ehsan pada 24 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Kita menggalakkan anak syarikat Kerajaan Negeri untuk sama-sama terlibat dan menjadi bapa angkat kepada mana-mana sukan. Kita harapkan ia sedikit sebanyak memberi sokongan moral kepada pasukan,” katanya.


Pengarang :