Foto Facebook Padat
AGENSISELANGOR

Orang ramai dipelawa sertai kelas seni cempuling, yuran RM30

SHAH ALAM, 3 JUN: Perbadanan Adat Melayu Warisan Negeri Selangor (PADAT) mempelawa orang ramai menyertai Bengkel Edu Kreatif bagi mempelajari pendidikan seni cempuling.

Agensi itu memaklumkan kelas yang bermula 8 Jun hingga 24 Ogos ini ditawarkan dengan yuran komitmen sebanyak RM30 sahaja.

“Kepada yang berminat untuk belajar dan mengetahui dengan lebih lanjut seni cempuling, jom daftar pendidikan seni cempuling dengan yuran komitmen sebanyak RM30 sahaja.

“Kelas ini akan bermula dari 8 Jun hingga 24 Ogos pada setiap hari Sabtu,” katanya menerusi Facebook.

Program anjuran Seksyen Kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut mendapat kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai rakan strategik.

Untuk pendaftaran sila imbas kod QR di poster dan hubungi Amin Fikry 016-333 7141 bagi keterangan lanjut atau ikuti https://beacons.ai/padatselangor.

Seni cempuling yang berasal dari Tanah Jawa mula berkembang di Klang sekitar tahun 1920-an dan kini merupakan salah satu kesenian warisan identiti Selangor.


Pengarang :