EXCO Sukan Najwan Halimi bersama Ketua Pegawai Eksekutif, PREC Fakru Radzi Ab Ghani melakukan gimik pelancaran kejohanan Pickleball PREC 2024 di Gelanggang ARENA A.T.A.S @ SACC Mall Shah Alam pada 22 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Peminat Pickleball, bola jaring dipelawa guna kemudahan gelanggang di SACC Mall

SHAH ALAM, 22 JUN: PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) mempelawa peminat sukan Pickleball dan bola jaring menggunakan fasiliti Arena A.T.A.S (Arena Track And Sport) @ SACC Mall.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Fakru Radzi Ab Ghani berkata gelanggang yang beroperasi sejak bulan lalu itu terletak di aras bumbung pusat membeli-belah berkenaan.

“Kadar sewaan bagi satu gelanggang Pickleball bermula dari RM30 sejam pada hari biasa manakala RM35 (hujung minggu) manakala gelanggang bola jaring dari RM60 hingga RM80.

Ketua Pegawai Eksekutif, PREC Fakru Radzi Ab Ghani berucap pada Kejohanan Pickleball Jemputan PREC 2024 dan Perasmian Gelanggang ARENA A.T.A.S @ SACC Mall di SACC Mall Shah Alam pada 22 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Kepada yang berminat untuk menyewa gelanggang ini boleh imbas kod QR di poster dan panel LED di sekitar bangunan SACC Mall,” katanya ditemui pada sidang media Kejohanan Pickleball Jemputan PREC 2024 dan Gelanggang Arena A.T.A.S @ SACC Mall, di sini hari ini.

Menurut Fakru Radzi, selain gelanggang Pickleball dan bola jaring, Arena A.T.A.S @ SACC Mall itu turut menyediakan trek permainan kereta kawalan jauh yang sudah beroperasi sejak 2018.

Pertanyaan atau maklumat lanjut boleh ikuti laman sosial Facebook, Instagram dan Tiktok @saccmall.

Aksi peserta Kejohanan Pickleball Jemputan PREC 2024 di Gelanggang ARENA A.T.A.S @ SACC Mall Shah Alam pada 22 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :