Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (tengah) bergambar bersama ahli majlis kanak-kanak baharu pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Bandar Raya Mesra Kanak-Kanak Petaling Jaya 2030 dan pelantikan ahli ajlis kanak-kanak Petaling Jaya 2024-2025 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 04 Jun 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Penuhi matlamat RS-1, MBPJ lancar pelan tindakan mesra kanak-kanak

PETALING JAYA, 4 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancar Pelan Tindakan Bandar Raya Mesra Kanak-Kanak Petaling Jaya (PJ CFI) 2030 di sini hari ini.

Datuk bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata pelan itu bertujuan menyediakan persekitaran selamat, sejahtera, inklusif dan mesra kepada golongan tersebut.

“Pelan ini dirangka dengan menumpukan empat bidang fokus utama iaitu perancangan bandar, penglibatan kanak-kanak, perubahan iklim dan kebajikan.

“Ia juga untuk mendedahkan kanak-kanak terlibat dalam proses perancangan dan pengurusan bandar,” katanya.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (dua dari kiri) menyampikan sijil pelantikan ahli majlis kanak-kanak pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Bandar Raya Mesra Kanak-Kanak Petaling Jaya 2030 dan pelantikan ahli majlis kanak-kanak Petaling Jaya 2024-2025 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 04 Jun 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Mohamad Zahri menambah PJ CFI 2030 dilaksanakan bagi memenuhi matlamat Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di bawah teras keterangkuman dan kesejahteraan sosial.

“Dasar ini juga merupakan satu bidang khas iaitu Thematik Child Friendly City yang diwujudkan dalam Blueprint Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdayatahan (PJSSR) 2030.

“Harapan saya pelan yang dirangka dapat melindungi golongan rentan ini sekali gus mengembangkan potensi mereka,” katanya.


Pengarang :