Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar (dua, kiri) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah kepada Orang Besar Daerah Klang Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi (dua, kanan) selaku Pengerusi Masjid Sultan Abdul Aziz baru-baru ini. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PWS serah sumbangan RM20,000 bina laluan OKU di masjid

SHAH ALAM, 19 JUN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM20,000 kepada Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah, baru-baru ini.

Menerusi Facebook rasminya, perbadanan itu memaklumkan sumbangan berkenaan bagi membina tanjak laluan orang kurang upaya (OKU) untuk ahli kariah dan jemaah di masjid tersebut.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah dan jemaah serta menjadikan jariah mengalir kepada pewakaf yang menyumbang di PWS hingga yaumulakhirah,” katanya.

Sumbangan diserahkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar kepada Orang Besar Daerah Klang Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi selaku Pengerusi Masjid Sultan Abdul Aziz.

Tambah perbadanan itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memudahkan ahli kariah dan jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

Wakaf tunai boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor.

 


Pengarang :