AGENDAJENAYAH

Remaja maut, empat cedera pacuan empat roda langgar tiang elektrik

KOTA BHARU, 18 JUN: Remaja perempuan maut dan empat cedera apabila sebuah pacuan empat roda merempuh tiang elektrik di Jalan Kuala Krai-Gua Musang hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.17 pagi daripada orang awam dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang bergegas ke lokasi.

“Sebuah Toyota Hilux terbabas melanggar tiang elektrik dan terdapat remaja perempuan tersepit di dalam kenderaan itu dan mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang mangsa parah dan tiga lagi cedera ringan.

Mangsa yang cedera katanya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan kes diserahkan kepada polis.

– BERNAMA


Pengarang :