Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar bercakap kepada media ketika sidang media khas Faisal Halim di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 13 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

Selangor FC tekad terus bantu, yakin Faisal dapat kembali beraksi

SHAH ALAM, 14 JUN: Selangor FC tekad untuk terus membantu Faisal Halim selain yakin tonggak utamanya itu dapat kembali beraksi selepas cedera dalam insiden simbahan asid pada Mei lalu.

Ahli Lembaga Pengarahnya Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata kelab berhasrat meneruskan tanggungjawab dengan menyediakan latihan pemulihan dan keselamatan buat Faisal.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar bercakap kepada media ketika sidang media khas Faisal Halim di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 13 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kontrak Faisal adalah sehingga akhir 2027 tetapi kami adalah kelab professional. Ini adalah tanggungjawab kelab untuk bantu Faisal. Sesiapa pun pasti akan membantu.

“Ini juga tanggungjawab majikan terhadap pekerjanya untuk bantu menyokong pemulihan emosi dan keselamatan. Saya yakin dengan semangat Faisal dan tidak mustahil dia akan kembali,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media di Pusat Latihan Selangor FC di sini, semalam bersama Faisal, Ketua Perubatan Sukan Selangor FC Dr Muhammad Hazwan Khair dan peguam Mohd Haijan Omar.

Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim bercakap kepada media ketika sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 13 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Faisal yang membuat kemunculan sulung selepas tragedi berkenaan hadir dengan kawalan ketat anggota keselamatan diiringi isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril dan bapanya, Halim Saad.

Sementara itu, pemain sayap Harimau Malaya itu mengakui terlalu merindui bola sepak negara terutamanya apabila melihat rakan sepasukan beraksi menerusi televisyen.

Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim bercakap kepada media ketika sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 13 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Saya amat rindukan bola sepak dan mahu bermain dan berlatih. Saya harus fokus kepada pemulihan dan rehabilisasi.

“Saya akan tunggu doktor beri kebenaran bermain. Saya akan berusaha keras untuk dapat peluang bermain seperti biasa,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal atau dikenali sebagai Mickey cedera disimbah asid di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya dan mengalami lecur tahap empat.

 


Pengarang :