Pasukan forensik polis melakukan siasatan di tempat kejadian di mana seorang remaja berusia 17 tahun cedera parah dalam insiden letupan bom paip di Pekan Benan Setar, Yala, selatan Thailand, 2 Jun 2019. Foto BERNAMA
AGENDAGLOBAL

Seorang maut, lapan polis cedera dalam letupan bom di Yala

YALA (Thailand), 30 JUN: Seorang wanita maut manakala 18 lagi termasuk lapan anggota polis cedera dalam letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Bannang Sata, Kolonel Polis Ranon Surawit berkata dalam kejadian 10.10 pagi waktu tempatan, sebutir bom buatan sendiri dipasang pada sebuah kenderaan meletup di hadapan flat polis.

Menurut beliau, flat polis, rumah dan puluhan kenderaan berdekatan turut mengalami kerosakan berikutan letupan kuat yang berlaku.

“Seorang wanita tempatan berusia 45 tahun meninggal dunia manakala 18 orang cedera, termasuk lima cedera parah,” katanya.

Ranon berkata semua mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Bannang Sata.

Beliau berkata polis sedang menjejaki individu dan kumpulan yang terlibat dalam serangan itu.

-BERNAMA


Pengarang :