Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj dan Timbalan Datuk Bandar Klang Mohd Zary Affendi Mohd Arif bersama peserta kempen Bersih dan Hijau DUN Sentosa di Lorong Dato’ Yusof Shahbudin 29A, Klang pada 16 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Wakil rakyat Sentosa, MBDK, NGO jalin kerjasama turun iklan haram

KLANG, 17 JUN: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa membentuk kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menurunkan gegantung serta iklan haram di kawasan sekitar.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj berkata kerjasama itu adalah bagi memastikan Klang khususnya di Sentosa bebas iklan haram.

“Semua sedia maklum sekiranya hendak meletakkan iklan atau gegantung perlu mendapatkan permit pihak berkuasa tempatan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj dan Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Mohd Zary Affendi Mohd Arif ditemui pada perasmian Kempen Clean & Green DUN Sentosa 2024 di Lorong Dato’ Yusof Shahbudin 29A pada 16 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Bagaimanapun, ada pihak sesuka hati meletakkan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu. Berikutan itu, kita ambil inisiatif bekerjasama dengan NGO dan MBDK menurunkan gegantung serta iklan haram.

“Walaupun ini tanggungjawab pihak berkuasa tempatan tetapi kita bantu kerana akui penguat kuasa tidak mencukupi kerana kawasan Klang agak besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen Clean and Green yang dihadiri kira-kira 300 penduduk setempat di sekitar DUN Sentosa semalam.


Pengarang :