AGENDAJENAYAH

Wanita maut dipercayai dipukul suami

IPOH, 12 JUN: Seorang wanita maut dipercayai selepas dipukul oleh suaminya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Simee di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang mengesahkan kejadian itu berkata kes tersebut masih dalam siasatan oleh pasukan polis daerah Ipoh.

“Saya sahkan kejadian itu, siasatan penuh nanti saya akan minta daripada OCPD Ipoh (Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad) sebab mereka sedang kumpulkan semua bukti, masih dalam siasatan lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata polis turut menemukan barangan kes yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian jenayah itu antaranya pisau dan lower arm kereta, selain mengesahkan suspek telah ditahan.

Terdahulu, media melaporkan kejadian itu dikatakan bermula daripada pertengkaran antara mangsa dan suaminya sebelum suspek bertindak memukul mangsa.

Media turut melaporkan wanita itu dipercayai sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

– BERNAMA


Pengarang :