AGENDAJENAYAH

Warga Indonesia maut, rakan cedera parah gaduh di pusat hiburan

KOTA KINABALU, 16 JUN: Seorang warga Indonesia maut manakala rakan senegaranya cedera parah dalam satu pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata kedua-dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk rawatan sebelum seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Beliau berkata sisatan awal mendapati dua rakan itu merupakan awak-awak sebuah bot nelayan serta mereka ke pusat itu untuk berhibur sebelum pergaduhan berlaku dan mangsa dipercayai ditikam dengan objek tajam.

“Pihak polis mendapat laporan mengenai kejadian itu pada 2 pagi tadi sebelum bergegas ke tempat kejadian. Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

— BERNAMA


Pengarang :