PBTSELANGOR

1,000 peserta meriahkan acara larian di Dataran Kemerdekaan Ahad ini

SHAH ALAM, 9 JULAI: Seramai 1,000 individu menyertai Larian Kitar Semula dan Rakan Mahir sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 di sini, Ahad ini.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Mohd Azhar Mohd Sharif berkata pelbagai aktiviti menarik turut disediakan mulai 7.30 hingga 11.30 pagi.

“Antara aktiviti dianjur seperti kayuhan santai, memanah, saringan kesihatan percuma, bazar belia, perpustakaan bergerak dan persembahan kombo MBSA,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata minuman percuma Farm Fresh dan 100+ turut disediakan kepada pengunjung serta perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam on Wheels.


Pengarang :