Setiausaha Politik Penyelaras DUN Paya Jaras Mohamad Mohd Isa (duduk empat, kanan) bergambar bersama peserta program Robotik Riang di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah, Shah Alam pada 6 Julai 2024. Foto Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Paya Jaras
ADNSELANGOR

Anjur program robotik, dedah teknologi AI kepada masyarakat Orang Asli

SHAH ALAM, 6 JULAI: Seramai 30 kanak-kanak Orang Asli menyertai program robotik anjuran Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras hari ini.

Setiausaha Politik Penyelaras DUN Paya Jaras Mohamad Mohd Isa berkata Jelajah Robotik Riang dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada golongan berkenaan terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Kita anjurkan program ini bersama 30 anak-anak daripada perkampungan Orang Asli supaya mereka mengenali teknologi AI yang semakin berkembang dalam industri kreatif.

“Maklum balas diterima amat positif dan rata-rata mereka teruja dengan program tersebut dan bercadang untuk teruskan program tersebut ke peringkat lebih tinggi,” katanya ditemui pada program saringan kesihatan di Dewan Meranti MBSA Bandar Baru Sungai Buloh di sini, hari ini.

Program berkenaan dijayakan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


Pengarang :