Antara orang ramai yang hadir pada Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 di Menara BAC, Petaling Jaya pada 17 JULAI 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
AGENSISELANGOR

Baru sebulan tamat pengajian, graduan cuba nasib hadiri karnival kerjaya

PETALING JAYA, 17 JULAI: Baru sebulan tamat pengajian, graduan teknologi maklumat dari sebuah kolej swasta memanfaatkan peluang mendapatkan pekerjaan menghadiri Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor di Menara BAC di sini, hari ini.

B. Thinesh, 21, berkata beliau yang bertolak 6 pagi menempuh perjalanan lebih 50 km dari Banting bagi mengelak kesesakan trafik agar tiba awal ke lokasi karnival.

B. Thinesh, 21,

“Hari ini saya datang bersama dua lagi rakan kolej. Kami sudah berjanji untuk mencari pekerjaan bersama-sama di karnival kerjaya ini.

“Setakat ini syukur kerana kami sudah dapat satu temuduga di sini. Harap-harap kami dapat bekerja bersama di bawah satu bumbung atau kami semua dapat walaupun dari syarikat berbeza,” katanya.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu (tengah) bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon beramah mesra bersama orang ramai yang hadir pada Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 di Menara BAC, Petaling Jaya pada 17 JULAI 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Thines antara ratusan peserta yang menghadiri karnival kerjaya yang menawarkan 4,169 jawatan kosong daripada 23 majikan.

Terdahulu, EXCO Sumber Manusia V Papparaidu bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon meninjau karnival yang berlangsung 9 pagi hingga 4 petang ini.

Jonathan Angelo, 25, pula mengakui tidak pernah berputus asa mencari pekerjaan tetap bersesuaian dengan kelulusannya sebagai graduan pengurusan perniagaan di kolej swasta.

Pekerja sambilan restoran ini memberitahu telah berusaha mencari pekerjaan tetap sejak dua tahun lalu di pelbagai karnival kerjaya selain menerusi aplikasi mencari pekerjaan secara atas talian.

Jonathan Angelo, 25,

“Saya sudah dua tahun cari kerja. Sekarang bekerja sambilan di restoran. Saya harap saya bertuah dan dapat pekerjaan di sini. Tidak mudah untuk mencari pekerjaan yang sesuai,” katanya.

Bagi Mohamad Hafis Wagiman, 21, beliau mahu mencari pekerjaan yang baik bagi membalas jasa dan membantu meringankan tugas kedua ibu bapanya.

Graduan kejuruteraan mekanikal dari Politeknik Banting ini bersyukur peluang pekerjaan sebagai jurutera ada ditawarkan di karnival kerjaya anjuran Kerajaan Negeri.

Mohamad Hafis Wagiman, 21,

“Saya mahu cari kerja yang stabil untuk bantu keluarga. Saya harap dapat kerja yang baik dan berhasrat sambung belajar di peringkat ijazah secara sambilan nanti,” katanya.

Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 yang memasuki tahun ketiga penganjurannya akan diteruskan di Dewan Sri Jugra, Kuala Langat pada 10 Ogos dan di Dewan MPAJ Kampung Ampang Indah pada 17 Ogos ini.

Jelajah JobCare yang bermula pada 2022 merupakan inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan pasca pandemik Covid-19.akan inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan pasca pandemik Covid-19.

 


Pengarang :