Orang ramai memilih barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sepang pada 31 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Dengkil antara empat lokasi jualan murah barang dapur hari ini

SHAH ALAM, 9 JULAI: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas dengan harga murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari, hari ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan berlangsung di tapak pasar malam Taman Mas (Dengkil), Dewan Sri Kundang (Tanjong Sepat), Arena Square Bukit Kapar (Sementa) dan padang hadapan Restoran Odin (Bukit Lanjang).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Pasar raya berkenaan dilantik sebagai rakan strategik melaksanakan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis Segi Fresh.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :