AGENDANASIONAL

Dua suspek ditangkap pecah masuk rumah pemain Selangor FC

SHAH ALAM, 3 JULAI: Dua lelaki ditahan kerana disyaki memecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC Ahmad Khuzaimi Piee baru-baru ini, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Menurutnya, suspek berusia 28 dan 33 tahun ditangkap selepas terbabit dalam kemalangan di Marang, Terengganu ketika dijejak pasukan polis, lapor portal Free Malaysia Today.

Bagaimanapun, beliau berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek tersebut tidak mempunyai kaitan dengan beberapa kes membabitkan pemain bola sepak.

“Mereka tiada kaitan dengan kes lain, dan rumah yang disasarkan hanyalah satu kebetulan,” katanya.

Beliau menambah reman suspek yang ditahan pada 26 Jun lalu sepatutnya tamat pada 30 Jun, namun polis berjaya mendapatkan lanjutan perintah tahanan yang berakhir hari ini.

Pada 22 Mei, kediaman Ahmad Khuzaimi dipecah masuk menyebabkan beliau kehilangan barangan berharga bernilai RM15,000 termasuk sebuah motosikal Yamaha Y15.


Pengarang :