Juara Shahrul Fadilah (empat, kanan), naib juara Elvenie Petrus (empat, kiri) dan tempat ketiga Nasrin Afrina (tiga, kiri) bergambar selepas pertandingan akhir Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-38 sempena Festival Puisi Selangor dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
AGENSISELANGOR

Festival Puisi Selangor julung kali meriah, martabat seni, sastera

SHAH ALAM, 21 JULAI: Festival Puisi Selangor (FPS) yang julung kali diadakan mendapat sambutan ramai sepanjang dua hari berlangsung di Pustaka Raja Uda di sini .

Festival itu menggabungkan tiga program utama iaitu Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-38, sambutan Hari Puisi Selangor dan Dekad Membaca Kebangsaan peringkat negeri.

Bagi pertandingan sayembara puisi, Shahrul Fadilah Ibrahim, 51, yang bekerja sendiri dipilih sebagai pemenang sekali gus bakal mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan yang bakal diadakan bulan depan.

Pertandingan berkenaan yang diadakan dari semalam disertai 41 peserta sebelum proses saringan dilakukan bagi memilih enam peserta layak ke peringkat akhir yang berlangsung petang ini.

Anjuran Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (Kemudi) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor serta Gabungan Persatuan Penulis Nasional, festival turut melibatkan beberapa program lain.

Antaranya dendangan lagu puisi, jualan buku, forum dan berbalas pantun selain tiga Sasterawan Negara, Datuk Zurinah Hassan, Datuk Dr Siti Zainon dan Dato’ Rahman Shari menjadi jemputan dalam forum bertajuk Menenun Damai Melalui Kata yang berlangsung pagi tadi.

Juara Shahrul Fadilah (tengah), naib juara Elvenie Petrus (kanan) dan tempat ketiga Nasrin Afrina (kiri) bergambar selepas pertandingan akhir Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-38 sempena Festival Puisi Selangor dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Sementara itu Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar yang merasmikan program berkata festival menjadi titik tolak untuk semua pihak menggembleng tenaga dan idea bagi mengembangkan lagi industri seni dan sastera negeri.

“Ini boleh membawa industri ke tahap lebih cemerlang dan membanggakan. Kita beruntung kerana memilik persatuan sastera di Selangor seperti Kemudi yang tanpa lelah, kekal teguh bersama ahlinya memelihara khazanah negara bangsa ini.

“Untuk memastikan agenda dicita berjaya, saya menyeru semua pihak untuk cakna dan mengambil perhatian sewajarnya sekali gus membantu sastera terus unggul dan cemerlang di negeri ini,” katanya.

Peserta, Elvienie Petrus mendeklamasi puisi ketika majlis penutup Festival Puisi Selangor di Auditorium Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Peserta, Muhammad Shazlan mendeklamasi puisi ketika majlis penutup Festival Puisi Selangor di Auditorium Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Peserta, Ahmad Syawal Hafriz mendeklamasi puisi ketika majlis penutup Festival Puisi Selangor di Auditorium Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Peserta, Nazrin Afrina Afzanizam mendeklamasi puisi ketika majlis penutup Festival Puisi Selangor di Auditorium Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Peserta, Intan Nor Saina Fazilawati mendeklamasi puisi ketika majlis penutup Festival Puisi Selangor di Auditorium Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 21 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :