SHAH ALAM, 14 JULAI: Orang ramai boleh mengunjungi jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di lima lokasi hari ini.
Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di MPKK Kampung Stesen Kuang (Kuang), Masjid Ar-Ridhuan Pekan Jeram (Jeram) dan 4/71 Seksyen 4, Bandar Baru Bangi (Sungai Ramal).
Selain itu, berhampiran McDonald’s Bandar Bukit Raja (Bandar Baru Klang) dan padang awam Taman Pinggiran Batu Caves (Gombak Setia).
JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).
Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.
Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS