AGENDAJENAYAH

Lelaki cuba seludup 160 kura-kura ke Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Chennai

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 15 JULAI: Lelaki yang cuba menyeludup 160 kura-kura spesies Indian Star Tortoise ke Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India.

Kakitangan keselamatan menyerahkan penumpang dan kura-kura yang disimpan dalam kotak kadbod kepada Jabatan Kastam, lapor media tempatan hari ini.

Lelaki itu, yang melancong ke Malaysia dengan visa pelancong, dilaporkan membeli kura-kura itu dengan harga 100 rupee (kira-kira RM5.50) seekor daripada penternak di negeri selatan Andhra Pradesh dan merancang menjualnya dengan keuntungan lebih 50 kali ganda.

Spesies Indian Star Tortoise, yang terdapat di beberapa bahagian selatan India, adalah spesies yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar India.

Di beberapa negara Asia Tenggara, ia dijual sebagai haiwan peliharaan eksotik.

Pada 2022, pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai menggagalkan cubaan menyeludup 1,364 kura-kura daripada spesies sama ke Malaysia.

– BERNAMA


Pengarang :