Seramai 90 asnaf riqab menyertai Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 19 hingga 21 Julai 2024 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang. Foto Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais bantu asnaf riqab mahu berhijrah, peserta harap inisiatif diteruskan

SHAH ALAM, 22 JULAI: Seramai 90 asnaf riqab menyertai Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang berlangsung pada 19 hingga 21 Julai lalu.

Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Pengerusi Mais berkata rata-rata peserta pernah terlibat dalam kes lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurut Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof program itu bertujuan memberi kesedaran kerohanian kepada komuniti hijrah sekali gus mendidik mereka hakikat sebenar sebagai hamba Allah.

“Semoga usaha murni ini kekal bagi memastikan asnaf riqab berjaya menjalani proses pemulihan dan diharap ia dapat memberi kesan yang positif dalam diri mereka,” katanya menerusi kenyataan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr Na’im Mokhtar merasmikan Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang berlangsung pada 19 hingga 21 Julai 2024 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang. Foto Mais

Sementara itu, salah seorang peserta program turut memuji inisiatif Mais menganjurkan program tersebut dan berharap inisiatif itu diteruskan lagi.

“Usaha Mais dalam menyantuni golongan seperti kami ini sangat bagus dan diharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, program itu dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr Naim Mokhtar.

Antara pengisian program adalah pertandingan hafazan, azan, tazkirah dan nasyid selain peserta turut didedahkan dengan aktiviti kursus sembelihan dan pengurusan jenazah.

 


Pengarang :