Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama orang ramai ketika bersarapan sempena Jelajah Parlimen Gombak di Suberi Nasi Kandar, Hulu Kelang pada 14 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
AGENDANASIONAL

MB luang masa bersama orang ramai sempena program Jelajah Parlimen Gombak

GOMBAK, 14 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini meluangkan masa kira-kira 40 minit bersarapan bersama penduduk di Suberi Nasi Kandar, Hulu Kelang.

Sempena program Jelajah Parlimen Gombak, beliau diiringi penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli dijamu pelbagai menu antaranya sate, roti canai, murtabak, kari kepala ikan serta kuih kuih.

Beliau kemudiannya meneruskan sesi jelajah dengan meninjau program pemeriksaan kesihatan percuma Selangor Saring yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, dekat sini.

Dalam program berkenaan, lebih 200 individu pelbagai bangsa dan peringkat umur membuat saringan antaranya pemeriksaan jantung, buah pinggang, gigi dan kencing manis bagi mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bersarapan sempena Jelajah Parlimen Gombak di Suberi Nasi Kandar, Hulu Kelang pada 14 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Seterusnya Ahli Parlimen Gombak itu merasmikan program Rewang Komuniti Strata Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di padang awam Taman Pinggiran Batu Caves yang berlangsung dua hari sejak semalam.

Dalam majlis itu beliau turut menyerahkan bakul makanan kepada 70 individu dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah sebelum menghadiri majlis serahan sumbangan kemasyarakatan DUN Sungai Tua.

Berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, beliau menyampaikan Insentif Haji Muassasah kepada 70 individu yang selesai mengerjakan ibadah berkenaan, sumbangan kewangan DUN (65), sumbangan raya fasa dua Menteri Besar Selangor Pemerbadanan atau MBI (dua), sumbangan peribadi (satu) dan bantuan bencana (31).

Malam ini Amirudin dijadual menyaksikan perlawanan bola sepak Gombak FC menentang pasukan Malaysia Universiti FC di Stadium MPS, dekat sini.

Beliau juga dijangka menonton perlawanan akhir EURO 2024 antara Sepanyol dan England di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam jam 3 pagi.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Perumahan, Borhan Aman Shah melakukan gimik pelancaran ketika Program Rewang Komuniti Strata Negeri Selangor Peringkat Majlis Perbandaran Selayang di Padang Awam, Pinggiran Batu Caves, Gombak pada 14 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Pengarang :