AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Orang ramai dipelawa meriahkan Malam Ehsan Untuk Insan hari ini

SHAH ALAM, 7 JUL: Dato’ Menteri Besar mempelawa orang ramai hadir ke program Malam Ehsan Untuk Insan sempena sambutan Maal Hijrah 1446H, petang ini.

Berlangsung di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu turut menampilkan pendakwah tersohor dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad.

“Insya-Allah saya mengajak para muslimin dan muslimat berhimpun untuk acara Malam Ehsan Untuk Ihsan sempena sambutan Maal Hijrah 1446H.

“Jumpa anda semua di Dataran Karnival, perkarangan Stadium Shah Alam pada 7 Julai (Ahad) bermula 6 petang,” katanya menerusi laman X.

Orang ramai yang hadir juga digalakkan memakai pakaian bertemakan #GazaBangkit dan pastikan membawa tikar serta payung untuk keselesaan selain sempurnakan solat sebelum majlis.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Mapim Dr Sani Araby Al-Kahery berkata lebih 60,000 umat Islam dijangka berhimpun pada program berkenaan.

Menurutnya, pelbagai program pengisian rohani turut dianjurkan antaranya berselawat bersama kumpulan qasidah terkenal, Angham Anisah dan bacaan doa akhir tahun 1445 Hijrah dan doa awal tahun 1446 Hijrah.


Pengarang :