Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 11 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Pembangunan kompleks sukan tidak libat pertukaran tanah di Pulau Carey

SHAH ALAM, 11 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberi jaminan tidak akan memindah tanah milik Yayasan Selangor untuk pembangunan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA).

Sebaliknya, beliau menegaskan tanah seluas 1,277 hektar itu kekal digunakan untuk pembangunan Pelabuhan Pulau Carey yang diuruskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Saya sahkan di dewan ini tiada rencana, rancangan tukar tanah. Bagaimanapun, tanah ini akan dijadikan kapital untuk memegang minimum 20 peratus kepada usaha dan operasi pelabuhan ketiga.

“Kita belajar (sebelum ini) pelabuhan utara dan barat ini beroperasi…hasilnya hanya mengalir dalam bentuk cukai, tiada usaha untuk tukar,” katanya dalam sesi penggulungan sidang Dewan Negeri.

Mengulas lanjut isu pertukaran tanah kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi pembangunan stadium, Amirudin berkata negeri mempunyai tempoh setahun untuk menyelesaikannya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 11 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Jelasnya, tanah berpotensi dikenal pasti di Kuala Langat, Hulu Selangor dan sedang dibincangkan antara Setiausaha Kerajaan Negeri mewakili Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dengan MRCB.

Dalam pada itu, Amirudin menambah proses perobohan dalam tempoh setahun mengikut terma ditetapkan majlis tempatan selain mengambil kira kawasan tersebut adalah penempatan dan perniagaan.

“Aktiviti bising tidak boleh melebihi tujuh desibel menggunakan kaedah konvensional. Kaedah letupan bukan pilihan terbaik kerana beri kesan pada perumahan dan kediaman sekeliling.

“Selain itu, sebahagian aset stadium boleh diguna semula antaranya kerusi yang masih baik diberikan kepada stadium lain di Sabak Bernam, Sungai Besar dan Selayang,” katanya.

Sebelum ini, MBI memaklumkan pembangunan kompleks itu membabitkan tiga fasa dijangka siap sepenuhnya menjelang 2029.


Pengarang :