Datuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cyberjaya pada 21 Julai 2024. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB seru masyarakat bangkitkan semangat patriotisme, kibar Jalur Gemilang

SHAH ALAM, 21 JULAI: Rakyat negeri ini diseru menolak budaya ekstrem serta bersama membangkitkan semangat patriotisme sebagai tanda solidariti demi Malaysia tercinta.

Sempena Bulan Kebangsaan, Dato’ Menteri Besar mengingatkan budaya ekstrem tiada tempat di negeri ini dan keharmonian kaum akan terus diangkat dengan semangat #KitaSelangor.

“Rakyat Selangor akan terus hidup rukun dan tenteram, menikmati hasil negeri serta berlandaskan keluhuran Perlembagaan.

“Bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka tahun ini, amat penting untuk kita memaknai dan mendalami kehidupan dan kepentingan sebuah masyarakat merdeka yang mementingkan keterbukaan dan bukan dengan kejumudan akal fikiran,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Beliau juga menyeru semua lapisan masyarakat zahirkan rasa cinta kepada negara dengan megah mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, bangunan pejabat, bangunan perniagaan dan kenderaan.


Pengarang :