AGENDANASIONAL

Menteri luar: Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi Asean 2025

SHAH ALAM, 10 JULAI: Malaysia bersiap sedia menjadi Pengerusi Asean 2025 dengan tiga tonggak utama digariskan iaitu keselamatan dan politik, ekonomi, dan sosiobudaya, kata menteri luar.

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata setakat Jun lalu sebanyak 257 mesyuarat dan program di peringkat pemimpin, menteri hingga kumpulan kerja telah diatur untuk dilaksana tahun depan.

Jelas beliau, lokasi mesyuarat Asean bukan hanya akan tertumpu di Kuala Lumpur, tetapi juga akan diadakan di serata negara seperti di Kota Kinabalu, Langkawi, Johor, Melaka, dan Pulau Pinang.

“Hasrat kita semasa semasa Kepengerusian Asean ini kita mempamerkan dan melihat betapa faedah daripadanya akan dapat limpahkan (faedah) kepada apihak usahawan, dagangan dan kepada negeri-negeri.

“Dengan kedatangan tetamu yang ramai ini nanti akan dijadikan sebagai suata asas untuk kita memperlihatkan kekayaan budaya negara kita serta sektor ekonomi yang besar di Asean.

“Hasrat ini telah kita sampaikan kepada negeri, pihak berkuasa tempatan serta pihak swasta,” katanya.

Beliau menjawab menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari yang ingin tahu persediaan Kerajaan untuk menjadi Pengerusi Asean pada 2025 di Dewan Rakyat hari ini.


Pengarang :