Penduduk Palestin mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza pada 17 Oktober 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

PBB: Tiada tempat selamat, tahap kemusnahan melampau di Gaza

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyifatkan situasi di Gaza sebagai sangat berbahaya dengan menyatakan “tiada tempat selamat” di wilayah itu.

Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.

“Tiada tempat yang selamat. Di mana-mana adalah zon pembunuhan yang berpotensi,” kata Guterres dalam catatannya di platform X.

Beliau berkata sudah tiba masanya bagi pihak terlibat untuk menunjukkan keberanian politik dan kemahuan politik untuk akhirnya mencapai kata sepakat.

– BERNAMA


Pengarang :