Orang ramai mengambil peluang mengikuti festival Bon Odori bersama keluarga ketika Festival Bon Odori yang ke 48 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), Shah Alam pada 20 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Pelancong Jepun meningkat, sasaran lapan juta Tahun Melawat Selangor yakin dicapai

SHAH ALAM, 21 JULAI: Seramai 110,018 pelancong Jepun berkunjung ke negeri ini tahun lalu, meningkat 49 peratus berbanding 73,822 yang direkodkan pada 2022.

EXCO pelancongan berkata pihaknya yakin jumlah itu akan terus meningkat sekali gus membantu sasaran lapan juta pelancong tahun depan sempena Tahun Melawat Selangor.

“Pelancong Jepun semakin ramai. Penganjuran Festival Bon Odori hari ini antara satu usaha menunjukkan keterbukaan kita meraikan pelbagai budaya termasuk dari Jepun. Kita juga turut menerima pelabur dari negara sama.

EXCO Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Ng Suee Lim beramah mesra bersama orang ramai ketika Festival Bon Odori ke 48 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), Shah Alam pada 20 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Jepun juga antara lima negara yang kita beri tumpuan. Kita harap penganjuran tahunan ini akan meningkatkan lagi jumlah pelancong ke sini,” kata Dato’ Ng Suee Lim pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu beliau diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad beramah mesra dengan pengunjung Festival Bon Odori ke-48 selain melakukan lawatan ke gerai makanan.

Festival disambut sempena pesta kebudayaan musim panas negara matahari terbit itu mendapat sambutan apabila dikunjungi lebih 40,000 pengunjung.

Rata-rata mula membanjiri Kompleks Sukan Negara Shah Alam, dekat sini seawal jam 4 petang dengan berpakaian tradisional Jepun iaitu kimono, yukata dan hakama yang turut dipakai rakyat tempatan.

Orang ramai mengenakan pakaian tradisional jepun ketika Festival Bon Odori ke 48 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), Shah Alam pada 20 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

 

Persembahan gendang Jepun dan tarian sempena Festival Bon Odori ke 48 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), Shah Alam pada 20 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

 

EXCO Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Ng Suee Lim bergambar bersama selepas sidang media Festival Bon Odori ke 48 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), Shah Alam pada 20 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Orang ramai mengenakan pakaian tradisional Jepun bergambar bersama keluarga ketika Festival Bon Odori yang ke 48 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), Shah Alam pada 20 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

 


Pengarang :