Guru dan murid-murid mematuhi penjarakan sosial serta berada di dalam kotak garisan ditetapkan sewaktu sesi pembelajaran di Tadika Tunas Bestari Seksyen 18, Shah Alam pada 1 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Permohonan bantuan yuran tadika RM50 dibuka hari ini

SHAH ALAM, 15 JULAI: Pendaftaran Skim Bantuan Tadika (Tunas) yang menawarkan bantuan yuran RM50 setiap bulan kepada kanak-kanak prasekolah dibuka bermula hari ini.

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memaklumkan pembayaran skim tersebut akan disalurkan terus kepada 1,030 tadika yang berdaftar di seluruh negeri.

“Pendaftaran baru bagi program Tunas akan dibuka pada 15 Julai 2024. Bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak tadika yang layak.

“Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan akan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar,” katanya menerusi Facebook.

Senarai tadika yang berdaftar boleh disemak menerusi pautan https://tunasv2.yawas.my/admin/list_tadika.php dan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di http://tunas.yawas.my/

Setakat tahun lalu, Tunas berjaya memberi manfaat kepada 21,236 ibu bapa di seluruh Selangor sejak program bantuan itu diperkenalkan pada 2012.


Pengarang :